Khamis, 2 Julai 2009

PROGRAM MEMBACA PSS

Program membaca PSS telah diadakan pada bulan April 2009.Sebanyak 3 buah sekolah telah dijemput bagi menjayakan program ini.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan selepas Perang Dunia ke 2.Pada tahun 1947 terdapat seramai 42 orang murid di sekolah ini.Pada masa itu tapak bangunan lama terletak kiri-kiri 200 m dari bangunan baru.Pada tahun 1990 sebuah bangunan serbaguna telah didirikan atas daya usaha dan kerjasama daripada Guru Basar, guru-guru dan Ibubapa.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

2. Memastikan segala aktiviti-aktiviti kurikulum dan Ko-kurikulum dijalankan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

"Guru-guru dapat menggalak dan membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dengan betul dan kukuh".
"Dengan pengukuran ini murid-murid dapat berkembang dengan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi,jasmani,bakat,akhlak,nilai-nilai etika dan sosial

Pasukan Bolasepak sekolah

Pasukan bola sepak SJKT ladang Middleton telah menyertai pertandingan bola sepak sekolah-sekolah Tamil Daerah Jempol pada bulan Mac 2009

MATLAMAT

Perpustakaan SJKT Ladang Middleton mempunyai matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan seiring falsafah pedidikan negara

OBJEKTIF

Perpustakaan SJKT Ladang Middleton mempunyai objektif untuk membuat semakan stok, mengkatalog dan memproses buku-buku secara berterusan mengikut jadual pelaksanaan.

MISI

Tempat menjana ilmu yang selesa dan menarik, menyediakan perkhidmatan yang cekap dan sentiasa peka terhadap sesuatu perubahan dan perkembangan teknologi maklumat terkini bagi melahirkan warga sekolah yang intelek,progresif,kreatif,inovatif dan gemilang

visi

Menyediakan Sudut Ilmu,Pondok Bercerita dan Taman Bunga di ruang bacaan perpustakaan.Menjalankan proses pengkatalog,peminjaman dan pemulangan buku.

RASIONAL

Perpustakaan menjadi pemangkin dan tempat menjaring ilmu serta menjana minda.Tempat yang selesa dan menarik sebagai asas untuk menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah ini.